Adam raih petak ke-18 di Sepang - Utusan Malaysia

Adam raih petak ke-18 di Sepang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG 3 Nov. – Pelumba Moto3 negara, Adam Norrodin perlu bekerja keras dalam perlumbaan sebenar, esok, setelah dia sekadar melengkapkan aksinya pada sesi kelayakan Grand Prix Motosikal Malaysia 2018 di kedudukan ke-18, sebentar tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam aksi yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) itu, pelumba Petronas Sprinta Racing tersebut mencatat masa sepusingan 2 minit 13.089 saat (s).

Penunggang Sepanyol, Jorge Martin menempah petak pertama setelah mencatat masa sepusingan terpantas 2:11.731s, manakala Marco Bezzecchi dari Itali di tempat kedua (2:11.763s) dan seorang lagi pelumba Itali, Tony Arbolino di kedudukan ketiga (2:12.065s). -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN