KOTA BHARU 7 Nov. – Kata-kata seorang budak lelaki yang kelaparan tetapi lebih bimbangkan keadaan ayahnya yang sakit menjadi kenangan paling tidak dapat dilupakan seorang sukarelawan bah kuning 2014. Jurulatih paramotor, Mohd Hanafi Daud, 46, berkata, ketika dia bersama rakan-rakannya dalam perjalanan menghantar bantuan ke Gua Musang, mereka melalui satu kawasan di Kuala Krai dan terkejut melihat seorang budak lelaki sedang menyelongkar tong sampah tepi jalan untuk mencari makanan. “Matanya bergenang ketika dihulurkan sebungkus roti sambil berkata ‘abe, kita tak pa tak make tapi ayah kita sakit tak make lagi’…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya