Abdul Rahim Daud kini Ketua Polis Kota Bharu - Utusan Malaysia

Abdul Rahim Daud kini Ketua Polis Kota Bharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 14 Nov. – Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Kota Bharu yang baharu menggantikan Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik berkuat kuasa hari ini.

Abdul Rahim sebelum ini bertugas sebagai Superintendan Polis Bersempadanan dan Penstrukturan Urus Setia Ketua Polis Negara (Penyelidikan dan Pembangunan) Bukit Aman.

Sementara itu, Ismail dilantik sebagai Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Beliau yang dinaikkan pangkat kepada Senior Asisten Komisioner bertugas sebagai Ketua Polis Daerah Kota Bharu selama setahun tujuh bulan

Majlis serah terima tugas antara Ismail dengan Abdul Rahim berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, di sini hari ini dan disaksikan oleh Ketua Polis negeri, Datuk Hasanuddin Hassan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN