PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dipanggil sekali lagi bagi memberi keterangan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini semalam.
Abdul Azeez, 52, tiba di Ibu Pejabat SPRM pada pukul 3.08 petang dengan menaiki kenderaan pelbagai guna Toyota Estima berwarna putih.
Beliau yang juga bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) hadir ke ibu pejabat suruhanjaya itu bagi melengkapkan siasatan kes rasuah dan penggubahan wang haram membabitkan dirinya. Sehingga pukul 8.30 malam, Abdul Azeez belum selesai memberi keterangan kepada SPRM.
Abdul Azeez sepatutnya datang ke Ibu Pejabat SPRM kelmarin, namun tidak dapat berbuat demikian kerana telah menangguhkan pertemuan itu untuk menghadiri persidangan Dewan Rakyat di Parlimen.










