PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dipanggil bagi memberi keterangan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini. Abdul Azeez, 52, tiba di Ibu Pejabat SPRM pada pukul 3.08 petang dengan menaiki kenderaan pelbagai guna Toyota Estima berwarna putih. Beliau yang juga bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) hadir ke ibu pejabat agensi itu bagi melengkapkan siasatan kes rasuah dan penggubahan wang haram membabitkan dirinya. Akhbar sebelum ini melaporkan SPRM sedang menyiapkan sekurang-kurangnya enam kertas siasatan terhadap Abdul Azeez melibatkan dana TH,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya