78,612 penyelamat di lokasi banjir - Utusan Malaysia

78,612 penyelamat di lokasi banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Nov. – Seramai 78,612 anggota penyelamat daripada pelbagai agensi barisan hadapan seperti polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) akan digerakkan ke lokasi banjir sebagai perse­diaan menghadapi monsun timur laut yang bermula 27 November ini sehingga Mac tahun depan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, sebanyak 1,080 daripada 5,448 pusat pemindahan sedia ada di kawasan berisiko bencana banjir telah mula diaktifkan.

WAN AZIZAH
WAN AZIZAH 

Katanya, sebanyak lima depot simpanan, 165 stor bencana, 581 pangkalan hadapan telah diperlengkapkan dengan makanan dan keperluan mangsa selain 1,454 kende­raan pacuan empat roda, 15 aset udara, 859 lori, 1,138 bot (termasuk Amfibia Sealeg) serta 425 ambulans polis, bomba dan APM sedia untuk dige­rakkan.

“Bagi Kelantan pu­la, persiapan yang telah dilakukan membabitkan 1,984 anggota polis, bomba dan APM selain menggunakan 94 kenderaan pacuan empat roda, 59 lori, 23 ambulans, 109 bot dan 33 kenderaan lain.

“Sebanyak 607 pusat pemindahan diaktifkan untuk menampung 198,000 mangsa dan 225 kemudahan penyim­panan bantuan bencana iaitu depot, stor dan pangkalan hadapan te­lah diperlengkapkan di negeri tersebut,” katanya dalam sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Siti Zailah Mohd. Yusoff (Pas-Rantau Panjang) yang meminta kerajaan menyatakan tahap kesiapsiagaan dan persediaan bagi menghadapi musim tengkujuh khususnya di Kelantan.

Jelas Wan Azizah, Kementerian Kesihatan telah mengarahkan semua hospital dan klinik membuat persiapan logistik dan stok ubatan serta mengenal pasti pesakit yang memerlukan rawatan khusus.

Mengulas lanjut, Wan Azizah berkata, pembekuan cuti anggota agensi penyelamat terlibat mulai bulan ini sehingga Disember depan, berkemungkinan akan dilanjutkan sehingga Mac depan bergantung kepada keadaan cuaca dan negeri terbabit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN