7 lagi pemimpin kerajaan isytihar pendapatan - Utusan Malaysia

7 lagi pemimpin kerajaan isytihar pendapatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Nov. – Sebanyak tujuh lagi pemimpin kerajaan disenaraikan dalam portal perisytiharan harta mydeclaration.sprm.gov.my menjadikan jumlah terkini meningkat kepada 92 orang.

Semakan terkini individu yang disenaraikan ialah Timbalan Menteri Pertahanan, Senator Liew Chin Tong dan isteri dengan pendapatan RM41,701.84.

Seorang lagi yang disenarai ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Senator Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin dan isteri dengan jumlah pendapatan RM34,242.

Lima ahli Parlimen lain yang disenarai ialah Ahli Parlimen Kuala Kedah, Dr. Azman Ismail dan isteri dengan jumlah pendapatan RM33700 diikuti Ahli Parlimen Alor Setar, Chan Ming Kai (RM32,000) dan Ahli Parlimen Taiping, Teh Kok Lim dan isteri (RM31,803).

Turut disenaraikan ialah Ahli Parlimen Kampar, Su Keong Siong (RM30,508.13) dan Ahli Parlimen Tanjong Malim, Chang Lih Kang (RM26,600).

Sementara itu, Menteri Kerja Raya, Baru Bian dan isteri pula menduduki tangga kedua pendapatan tertinggi berjumlah RM83,736.48 selepas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN