673 tong gas bernilai lebih RM72,000 dirampas - Utusan Malaysia

673 tong gas bernilai lebih RM72,000 dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SENAI 12 Nov. – Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri ini menyita sebanyak 673 tong gas petroleum cecair (LPG) bernilai RM72,647 dalam satu serbuan di Jalan Permas 4, Bandar Baru Permas Jaya, di sini Jumaat lalu.

Pengarahnya, Khairul Anwar Bachok berkata, turut dirampas dalam serbuan tersebut tiga buah lori bernilai RM270,000 menjadikan jumlah keseluruhan rampasan berjumlah RM342,647.

“Serbuan oleh enam pegawai dan anggota kita itu dibuat selepas mendapati wujudnya aktiviti penyelewengan barang kawalan LPG bersubsidi disimpan di premis yang tidak dilesenkan.

“Dalam serbuan itu juga, pihak kita turut mengambil keterangan seorang pemilik premis berusia 40-an dan seorang pekerja warganegara Indonesia juga berusia 40-an,” katanya dalam sidang akhbar di stor simpanan di Senai sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN