MELAKA – Sebanyak 63,750 saman dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerusi 45 kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas) dalam tempoh 1 September hingga Rabu lepas (7 November). Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamaruddin Jaafar berkata, daripada jumlah itu sebanyak 59,340 saman melibatkan kesalahan memandu melebihi had laju dan 4,410 saman kerana tidak mematuhi lampu isyarat merah. Beliau berkata, kenderaan jenis motokar merekodkan jumlah saman tertinggi atas kedua-dua kesalahan berkenaan…










