600 gagak ditembak sekitar Kajang - Utusan Malaysia

600 gagak ditembak sekitar Kajang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG 10 Nov. – Sebanyak 600 ekor gagak berjaya ditembak dalam Operasi Menembak Gagak Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) di sekitar Bandar Mahkota Cheras, Bandar Tasik Kesuma dan Pekan Sungai Chua dekat sini.

Yang Dipertua MPKj, Mohd. Sayuthi Bakar berkata, bertindak kepada aduan dan maklum balas daripada penduduk, operasi dilakukan di kawasan komersial yang mempunyai populasi gagak yang tinggi.

Katanya, operasi yang berakhir pada pukul 5.30 petang itu bertujuan mengurangkan jumlah haiwan berkenaan yang semakin banyak membiak.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kehadiran gagak ke kawasan bandar boleh mengundang pelbagai penyakit termasuk najisnya mengandungi bahan yang boleh merosakkan kenderaan dan mencemar persekitaran.

“Operasi disertai 16 orang penembak berpengalaman hari ini tertumpu dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang selepas berjaya menembak 463 ekor di DUN Semenyih minggu lalu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan pelepasan operasi itu pada pukul 8 pagi hari ini sebelum meninjau operasi di sekitar Bandar Baru Bangi di sini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×