KOTA BHARU 9 Nov. – Seramai 500 peserta terlibat dalam Kejohanan Taekwondo Terbuka Kelantan 2018 Kali Ke-15 anjuran Kelab Sara Taekwondo Martial Art Negeri Kelantan di Pantai Cahaya Bulan (PCB) Resort di sini hari ini. Kejohanan berprestij selama dua hari itu melibatkan kelab-kelab taekwondo dari Johor, Perak, Pulau Pinang, Kedah serta 15 buah sekolah dalam negeri ini yang diadili 20 pengadil bertauliah. Presiden Kelab Sara Taekwondo Martial Art Negeri Kelantan,…










