KUALA LUMPUR – Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan empat lelaki dan seorang wanita yang terlibat dengan kumpulan pengganas dalam beberapa serbuan di sekitar Lembah Klang, Perak dan Sabah baru-baru ini.
Penangkapan dalam operasi bermula 13 hingga 26 Oktober itu melibatkan tiga lelaki warga asing membabitkan warga Mesir, Pakistan dan seorang lagi dari sebuah negara Asia Barat. Dua lagi yang ditahan masing-masing membabitkan warga tempatan lelaki dan perempuan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, tangkapan pertama dibuat pada 13 Oktober lalu membabitkan lelaki warga Mesir berusia 50 tahun yang bekerja sebagai pengurus eksekutif sebuah syarikat swasta di ibu negara.
Menurut beliau, hasil siasatan mendapati suspek merupakan bekas anggota kumpulan pengganas Al-Qaeda semasa berada di Afghanistan dari tahun 1988 sehingga 1993 malah suspek juga pernah berjumpa dengan Osama Laden iaitu pemimpin kumpulan pengganas Al-Qaeda ketika itu.
“Suspek mengaku menggunakan dokumen perjalanan palsu untuk menyusup masuk ke Kanada, Azerbaijan dan Pakistan dan dia pernah ditangkap serta dipenjara di Kanada dan Mesir atas kesalahan menggunakan dokumen perjalanan palsu selain terlibat dalam aktiviti keganasan,” kata beliau dalam satu kenyataan akhbar semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.











