SEREMBAN 9 NOV. – Syarikat hartanah, IJM Land Berhad meneruskan tradisi tahunan dengan menyalurkan bantuan dan sumbangan kepada lima keluarga miskin sempena sambutan perayaan Deepavali di Seremban. Melalui program ‘Deepavali Charity Cheer’ bantuan barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, susu dan sumbangan wang sebanyak RM300 diberikan bertujuan untuk meringankan beban keluarga berkenaan bagi membuat persiapan Deepavali. Pengurus Besar Kanan IJM Land Berhad (Wilayah Tengah), Datuk Hoo Kim See, berkata,…










