45 diberkas berpesta seks, dadah - Utusan Malaysia

45 diberkas berpesta seks, dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG – Ke­ghairahan sekumpulan remaja sekolah dan penuntut universiti berpesta dadah dan seks bebas di sebuah kondominium di Seri Kemba­ngan di sini terbongkar apabila kediaman itu di­serbu sekumpulan anggota polis dalam operasi pada awal pagi Rabu lalu.

Dalam serbuan yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang pada pukul 3.45 pagi itu, seramai 45 individu termasuk lapan perempuan yang sedang khayal ditahan.

Lebih mengejutkan, siasatan mendapati kesemua yang ditahan itu merupakan pelajar sekolah dan penuntut universiti awam dan swasta berusia antara 14 hingga 26 tahun.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, pemeriksaan lanjut mendapati 33 individu yang ditahan telah positif dadah jenis ganja dan methamphetamine.

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN