421,706 orang calon SPM duduki peperiksaan mulai 13 November ini - Utusan Malaysia

421,706 orang calon SPM duduki peperiksaan mulai 13 November ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Seramai 421,706 orang calon telah mendaftar untuk menduduki SPM pada tahun ini di 3,308 pusat peperiksaan yang akan dibuka di seluruh negara mulai 13 November hingga 13 Disember ini.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan, seramai 33,361 petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar seperti dijadualkan.

“Lembaga Peperiksaan ingin mengingatkan semua calon agar merujuk kepada jadual waktu peperiksaan untuk maklumat mengenai masa peperiksaan serta arahan dan amaran yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan tersebut berlangsung,” katanya.

Sehubungan itu, jadual waktu peperiksaan boleh dimuat turun daripada laman web Lembaga Peperiksaan di alamat lp.moe.gov.my. 

Calon diingatkan supaya membawa kad pengenalan masing-masing bagi memastikan pengurusan dan pengendalian peperiksaan berjalan dengan lancar. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN