HARARE 16 Nov. – Sekurang-kurang 42 terbunuh dalam letupan kuat di dalam sebuah bas dipercayai berpunca daripada gas silinder milik seorang penumpang. Stesen penyiar Zimbabwe Broadcasting Corporation pula menyiarkan sekeping gambar memaparkan kenderaan itu musnah di lebuhraya antara sempadan Afrika Selatan dan bandar Bulawayo. “ Ketika ini, kita mengetahui lebih daripada 42 orang telah mati,” menurut Jurucakap Polis, Charity Charamba memberitahu AFP selepas insiden itu berlaku , petang semalam. Sementara itu, kenyataan media juga memaklumkan silinder gas memasak yang mencetuskan letupan kuat itu merupakan milik salah seorang penumpang bas terbabit.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya