KUALA TERENGGANU 6 Nov. –Musim tengkujuh sudah tiba memaksa sekumpulan 40 penduduk dari 12 kawasan rendah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Banjir Kampung Seberang Pintasan, Dungun setelah kediaman mereka ditenggelami air kira-kira 0.5 meter. Mereka berpindah pagi ini kerana bimbang kemungkinan air terus naik jika hujan berterusan yang diburukkan dengan sistem pengairan yang tersumbat dan air pasang pada waktu malam. Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Banjir daerah, Osman Bakar ketika ditemui berkata, air mula memasuki kediaman penduduk sekitar tengah malam tadi dan beliau menjangkakan akan berlaku penambahan mangsa banjir sekiranya hujan lebat malam…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya