4 peniaga didakwa bunuh pemuda - Utusan Malaysia

4 peniaga didakwa bunuh pemuda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT 7 Nov. – Empat peniaga dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini sebentar tadi atas tuduhan membunuh seorang pemuda, Muhammad Mudrikah Lizan, dua minggu lalu.

Walau bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan ke atas tertuduh, Ahmad Ad. Darabbi Sadiman, 34, Muhammad Fadhli Benu, 29,  Rizaki Riduan, 38, dan Mohd. Fairuz Zakaria, 35, di hadapan Majistret, Mohd. Zulhilmi Ibrahim.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa membunuh Muhammad Mudrikah, 26, di Taman Rekreasi Sungai Senggarang, Senggarang di sini, antara pukul 6.40 petang hingga 8.50 malam pada 23 Oktober lalu.

Keempat-empat tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman gantung mandatori, jika sabit kesalahan.

Mohd. Zulhilmi kemudian menetapkan 3 Disember ini sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan forensik dan perubatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Nur Fariha Najwa Wan Azaham, manakala keempat-empat tertuduh diwakili peguam bela Safiah Abdul Aziz. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN