BATU PAHAT 7 Nov. – Empat peniaga dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini sebentar tadi atas tuduhan membunuh seorang pemuda, Muhammad Mudrikah Lizan, dua minggu lalu. Walau bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan ke atas tertuduh, Ahmad Ad. Darabbi Sadiman, 34, Muhammad Fadhli Benu, 29, Rizaki Riduan, 38, dan Mohd. Fairuz Zakaria, 35, di hadapan Majistret, Mohd. Zulhilmi Ibrahim. Mengikut pertuduhan, mereka didakwa membunuh Muhammad Mudrikah, 26, di Taman Rekreasi Sungai Senggarang, Senggarang di sini, antara pukul 6.40 petang hingga 8.50 malam pada 23 Oktober lalu. Keempat-empat tertuduh didakwa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya