32 penduduk dipindahkan rumah dinaiki air - Utusan Malaysia

32 penduduk dipindahkan rumah dinaiki air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL – Seramai 32 penduduk Kampung Gelang Pertang di Simpang Pertang dekat sini terpaksa dipindahkan selepas rumah mereka dinaiki air malam ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Norazam Khamis berkata, kesemua mangsa terdiri daripada 17 wanita dan 15 lelaki.

“Kediaman mereka dinaiki air akibat hujan lebat sejak petang tadi. Seramai 32 orang dewasa telah dipindahkan ke Dewan Geylang.

“Kerja-kerja penyelamatan masih dijalankan,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Norazam berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.55 malam dan tiba di lokasi banjir pukul 8.34 malam.

Kata beliau, seramai tujuh pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pertang bersama dua buah jentera dihantar memberi bantuan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN