KUANTAN 4 Nov. – Keluarga tiga remaja yang maut selepas kereta jenis Perodua Myvi dinaiki dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam gaung di Jalan Semambu di sini reda dengan pemergian anak mereka. Bagaimanapun, Zainuddin Wahab, 52, bapa kepada Mohd. Rizal, 20, yang maut dalam kejadian itu tidak dapat menahan sebak ketika ditemui pemberita di pekarangan Jabatan Forensik, Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini. ANGGOTA bomba dan penyelamat mengeluarkan…










