3 maut Myvi masuk dalam gaung - Utusan Malaysia

3 maut Myvi masuk dalam gaung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Kegembiraan lima sahabat untuk pulang ke rumah selepas bersiar-siar di bandar Kuantan ber­akhir dengan tragedi apabila tiga daripada mereka maut dalam nahas di Jalan Semambu di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi itu, Akira Alinnatasya Mohd. Jaafar, 16, Nur Alya Aria­na Azman, 16, serta Mohd Rizal Zainuddin, 20, maut di tempat kejadian selepas Perodua Myvi dinaiki mereka terbabas dan terjunam ke dalam gaung sedalam kira-kira lima meter.

Ketiga-tiga mangsa me­rupakan penumpang kerusi hadapan kereta tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, dua mang­sa yang cedera ialah pemandu, Muhammad Firdaus Mohd., 22, yang patah tangan kanan dan luka dalaman pada perut serta seorang penumpang hadapan yang identitinya belum dikenal pasti.

“Hasil siasatan mendapati kesemua mangsa berasal dari Kemaman, Terengganu dalam perjalanan pulang selepas bersiar-siar di bandar Kuantan.

“Kemalangan dipercayai berpunca daripada tindakan Muhammad Firdaus yang memandu laju sehingga kenderaan itu hilang kawalan lalu dan terjunam ke dalam gaung sedalam lima meter,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN