RAI. Seramai 28 pelajar kelas pendidikan khas dari Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor mengikuti lawatan sambil belajar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) baru-baru ini. Program anjuran pertubuhan bukan kerajaan, The Warriors itu antara lain bertujuan memberi pendedahan kepada golongan kanak-kanak istimewa itu mengenai dunia luar. Program tersebut turut melibatkan guru-guru sekolah berkenaan dan kru syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia Bhd.










