TEMERLOH 14 Nov. – Seramai 27 orang daripada lapan keluarga dipindahkan di daerah ini selepas rumah mereka dinaiki air ekoran limpahan Sungai Semantan. Pegawai daerah, Datuk Azlan Mohd. Yaman berkata, kesemua mangsa daripada Kampung Batu Kapor dan Kampung Sungai Buloh serta dari Mukim Mentakab 1 mula dipindahkan secara berperingkat pada pukul 4 petang semalam. “Seramai 22 mangsa daripada enam keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Kapor…










