2,317 belia P.Pinang terlibat jenayah - Utusan Malaysia

2,317 belia P.Pinang terlibat jenayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 14 Nov. – Seramai 2,317 belia di negeri ini dikesan terlibat dengan kegiatan jenayah antara 1 Januari hingga 15 Oktober lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Soon Lip Chee berkata, daripada jumlah itu, jenayah melibatkan kekerasan tertinggi yang direkodkan adalah samun berkawan tanpa senjata api iaitu seramai 338 orang.

Katanya, ini diikuti oleh jenayah yang menyebabkan kecederaan (333); samun tanpa senjata api (84); rogol (39) dan bunuh (35) menjadikan jumlah keseluruhan terlibat dengan jenayah kekerasan itu seramai 829 orang.

“Bagi kes jenayah yang melibatkan harta benda pula, kes curi motosikal adalah yang paling tinggi dilaporkan iaitu seramai 551 orang diikuti kes curi (483), pecah rumah dan curi (307), curi kereta (126); curi van, lori dan jentera berat (11) serta curi ragut iaitu seramai 10 orang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Joseph Ng Soon Siang (DAP-Air Itam) dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN