SHAH ALAM 2 Nov. – Seramai 215 pelajar sekolah menengah dan penuntut universiti awam serta swasta di Selangor ditahan polis berhubung kes dadah bagi tempoh Januari hingga Oktober lalu. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kontinjen Selangor, Superintenden R. Sundralingam berkata, mereka yang ditahan itu seawal usia 13 tahun dengan 53 daripadanya ialah pelajar sekolah menengah manakala 162 lagi penuntut institut pengajian tinggi (IPT). Menurutnya, antara punca penglibatan golongan itu…










