2,100 peserta jayakan OCBC Berbasikal KL 2018 - Utusan Malaysia

2,100 peserta jayakan OCBC Berbasikal KL 2018

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Nov. – Kira-kira 2,100 peserta mengambil bahagian dalam program OCBC Berbasikal KL 2018 sejauh 42 kilometer yang bermula di Dataran Merdeka, di sini hari ini.

Pelepasan peserta bagi program tahunan anjuran OCBC Bank (Malaysia) Berhad itu disempurnakan oleh Pengarah Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Khairul Anuar Mhd. Juri.

Berbasikal OCBC
AKSI para peserta pada OCBC Cycle Kuala Lumpur 2018 di Dataran Merdeka, hari ini. – UTUSAN ONLINE/FAISOL MUSTAFA

Aktiviti berbasikal yang bermula pada pukul 7 pagi itu mempertandingkan lima kategori seperti Road Bike, Mountain Bike dan Fat Bike terbuka lelaki dan wanita dengan hadiah keseluruhan ditawarkan berjumlah RM40,000.

AKSI para peserta pada OCBC Cycle Kuala Lumpur 2018 di Dataran Merdeka, hari ini.
AKSI para peserta pada OCBC Cycle Kuala Lumpur 2018 di Dataran Merdeka, hari ini. – UTUSAN ONLINE/FAISOL MUSTAFA

Program kayuhan yang bertujuan memupuk gaya hidup sihat selain mengurangkan pelepasan karbon dalam bandar itu turut menarik peserta luar negara antaranya Indonesia, Hong Kong, Perancis dan Jerman.

Yang turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif OCBC Bank, Datuk Ong Eng Bin dan Pengerusi Jawatankuasa OCBC Berbasikal KL 2018, Datuk Naim Mohamad. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN