KUALA LUMPUR – Kerajaan bakal menanggung kos rawatan penyakit utama akibat merokok seperti kanser paru-paru dan masalah jantung koronari berjumlah RM7.4 bilion menjelang tahun 2025, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.
Beliau berkata, jumlah itu berdasarkan unjuran yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan pada tahun 2017 sekiranya kawalan tembakau di Malaysia tidak diperkukuhkan dan prevalen (lazim) merokok tidak berkurang.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga menganggarkan lebih 20,000 lelaki dewasa di Malaysia mati setiap tahun akibat komplikasi daripada tabiat merokok.
“Akibat komplikasi dan kadar kematian yang tinggi, merokok telah memberi kesan kepada ekonomi negara dalam pelbagai aspek termasuk beban kos yang tinggi bagi merawat penyakit disebabkan merokok, menjejaskan produktiviti kerana pekerja sering tidak sihat dan menyebabkan kerugian kepada negara berpunca kematian pramatang,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.











