KUALA TERENGGANU 18 Nov. – Walaupun tidak terikat dengan janji sasaran masa, kerajaan Pas menjangkakan ia dapat menunaikan kesemua 20 kandungan manifesto parti dalam Pilihan raya Umum Ke-14 (PRU-14) bagi negeri ini menjelang 2020. Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri , Tengku Hassan Tengku Omar mengesahkan, sejak Pas mengambil alih pemerintahan, hanya empat telah dilaksanakan setakat ini. Menurut beliau, antara yang telah dilaksanakan ialah mengembalikan semula tanah yang dinafikan hak pada tahun 2004 dan membuka permohonan baharu dengan diberi geran kekal di samping bekalan air percuma…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya