1MDB: AS dakwa dua bekas jurubank Goldman Sachs - Utusan Malaysia

1MDB: AS dakwa dua bekas jurubank Goldman Sachs

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK 2 Nov. – Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) telah mengemukakan pertuduhan bersubahat melakukan rasuah dan penggubahan wang haram terhadap dua bekas jurubank Goldman Sachs berhubung skandal 1MDB.

Jabatan berkenaan telah menahan bekas jurubank, Ng Chong Hwa di Malaysia semalam dan membuka pertuduhan terhadap seorang lagi bekas jurubank berkenaan, Tim Leissner, yang telahpun mengaku bersalah dan bersetuju membayar AS$43.7 juta (RM182.7 juta) sebagai pemulangan wang yang diperoleh secara haram.

Pihak tersebut turut mengumumkan pertuduhan jenayah terhadap ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low kerana didakwa menjadi dalang dan perantara 1MDB namun tertuduh masih tidak dapat dikesan.

Tiada sebarang pertuduhan dikemukakan terhadap Goldman Sachs. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN