1,975 kes malaria monyet dikesan di Sabah sehingga September lalu - Utusan Malaysia

1,975 kes malaria monyet dikesan di Sabah sehingga September lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KENINGAU – Sejumlah 1,975 kes malaria monyet dikesan di Sabah sehingga September tahun ini, kata Pengarah Kesihatan Negeri, Dr. Christina Rundi.

Beliau berkata, statistik itu menunjukkan peningkatan 393 kes berbanding tempoh sama tahun lalu dengan Ranau mencatat bilangan kes malaria monyet tertinggi di Sabah iaitu 293 kes diikuti Keningau (293 kes) dan Kota Marudu (186 kes).

“Namun, keadaan masih terkawal dan masyarakat tidak perlu risau,” katanya kepada Bernama di sini.

Malaria monyet adalah penyakit disebabkan oleh parasit dikenali sebagai Plasmodium Knowlesi dipindahkan daripada monyet dijangkiti kepada nyamuk Anopheles betina dan kemudian dipindahkan pula kepada manusia.

Nyamuk Anopheles betina itu keluar dan aktif menggigit bermula pukul 5.30 hingga 8 pagi; dan 6.30 petang hingga 8 malam. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN