175 kontena bahan buangan plastik tidak diisytihar ditemukan di NBCT - Utusan Malaysia

175 kontena bahan buangan plastik tidak diisytihar ditemukan di NBCT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH – Sebanyak 175 kontena di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT) didapati penuh berisi dengan bahan buangan plastik yang tidak diisytihar dan tidak mendapat permit import (AP) daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, sekali gus menimbulkan masalah kepada pihak berkuasa pelabuhan serta Jabatan Kastam.

Menteri berkenaan, Zuraida Kamaruddin, yang melawat terminal itu hari ini berkata, beliau dimaklumkan bahawa perkara itu adalah sesuatu yang hampir merupakani ‘perkara’biasa’ di Penang Port apabila bahan buangan plastik dibawa masuk sebelum mendapat kelulusan daripada kementerian.

“Malah, sebelum mendapat kelulusan daripada kementerian bagi mengimport plastik, mereka  (pengimport) sudah membuat tempahan dari negara sumber. 

“Apabila (kontena) tiba, barulah mereka mengemukan permohonan AP. Sebab itulah pelabuhan ini penuh dengan kontena yang tidak diisytihar, memenuhi ruang dan menimbulkan kesusuhan kepada pihak berkuasa pelabuhan dan Kastam,” katanya kepada pemberita selepas lawatan itu.

Zuraida berkata, beliau juga dimaklumkan bahawa sesetengah syarikat yang mengimport bahan buangan plastik menipu dalam perisytiharan mereka dengan menggunakan kod lain, bukan HS Code 3915, berikutan pembekuan semua aktiviti mengimport bahan buangan plastik selama tiga bulan bermula 23 Julai lalu.

“Mereka ubah (perisytiharan) kepada kod lebih umum seperti HS Code 3902 dan dengan wujudnya perbuatan melakukan perisytiharan palsu itu, saya berpendapat mereka patut dikenakan hukuman,” katanya yang turut menjelaskan beliau akan membangkitkan perkara itu pada mesyuarat Kabinet esok. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN