1,632 graduan UiTM Cawangan N. Sembilan terima diploma, ijazah - Utusan Malaysia

1,632 graduan UiTM Cawangan N. Sembilan terima diploma, ijazah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU 12 Nov. – Seramai 1,632 graduan menerima diploma dan ijazah masing-masing dalam Istiadat Konvokesyen Ke-89 Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Negeri Sembilan di Dewan Biduanda UiTM Kampus Rembau, dekat sini hari ini.

Mereka adalah graduan yang menuntut di tiga kampus UiTM di negeri ini iaitu Kuala Pilah, Seremban 3 dan Rembau.

Buat julung-julung kalinya, seramai 34 graduan daripada kumpulan pertama pengajian Ijazah Sarjana Muda Penyiaran dari Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media turut menerima ijazah masing-masing.

Ucaptama serta pengisytiharaan pembukaan sidang pertama konvokesyen telah disempurnakan Pro Canselor UiTM, Tan Sri Dr. Abdul Rahman Arshad.

Yang turut hadir, Rektor UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Profesor Dr. Nasrudin Mohammed.

SEBAHAGIAN daripada graduan
SEBAHAGIAN daripada graduan bersorak gembira selepas Istiadat Konvokesyen Ke-89 UiTM Cawangan Negeri Sembilan di Kampus Rembau hari ini. – UTUSAN ONLINE/ABD. RAZAK AID

Pada konvokesyen itu, graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan (Kepujian), Yusre Zuhaili Zainuddin dan graduan Diploma Sains Aktuari, Mohammad Aiman Mohamad Arif, masing-masing menerima Anugerah Graduan Terbaik UiTM Cawangan Negeri Sembilan.

Graduan Diploma Teknologi Makanan, Muhammad Hail Haris Muhammad Hakim Ramas menerima Anugerah Graduan Terbaik (Kepimpinan) dan graduan Diploma Pentadbiran Awam, Zakuan Asyraf Azman meraih Anugerah Graduan Khas. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN