142 lokasi di Selangor dijangka berlaku banjir lebih kerap - Utusan Malaysia

142 lokasi di Selangor dijangka berlaku banjir lebih kerap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Banjir dan banjir kilat dijangka berlaku lebih kerap di 142 kawasan di Selangor berikutan fenomena Monsun Timur Laut bermula pada November ini sehingga penghujung Mac depan.

Ketua Unit Pengurusan Bencana Selangor, Ahmad Fairuz Mohd. Yusof berkata, keadaan itu berlaku disebabkan penerimaan jumlah hujan antara 210 milimeter (mm) sehingga 310mm sepanjang tempoh berkenaan.

“Sebanyak 142 kawasan di beberapa daerah di seluruh Selangor dikenal pasti berisiko berlaku banjir dan banjir kilat sepanjang tempoh itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“…dan susulan situasi itu kita telah maklumkan kepada semua daerah agar tindakan penyelenggaraan diambil dengan lebih sistematik termasuk melibatkan Jabatan Perparitan dan Saliran, Jabatan Kerja Raya, pihak berkuasa tempatan serta agensi berkaitan,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Beliau berkata, antara kawasan terbabit ialah Kampung Sungai Air Tawar, Sabak Bernam; Pekan Ijok, Kuala Selangor; Kampung Sungai Tua, Gombak dan bekas tapak Plaza Tol Sungai Rasau, Klang. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×