KOTA BHARU 6 Nov. – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menerima seramai 13,717 keahlian baharu di seluruh negeri ini. Borang permohonan baharu itu diserahkan oleh Pengerusi Bersatu negeri, Datuk Kamaruddin Md. Nor. kepada Pengerusi Bersatu, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Pengumuman itu dilakukan sempena Majlis Ramah Mesra Pimpinan Pakatan Harapan (PH) negeri, di sini hari ini. Yang turut hadir ialah isteri Perdana Menteri, Tun Siti Hasmah Mohamad Ali; Presiden Parti Amanah…










