KUALA LUMPUR 6 Nov. – Sebanyak 12 lagi ahli Parlimen disenaraikan dalam portal pengisytiharan harta mydeclaration.sprm.gov.my mejadikan jumlah keseluruhan kepada 106 orang berbanding 94 orang sebelum ini.
Semakan terkini menyenaraikan Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamarudin Jaffar dan isteri dengan pendapatan RM52,481.
Sementara itu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan isteri masih kekal menduduki tangga pertama pendapatan tertinggi dalam portal berkenaan.
Berikut merupakan senarai ahli Parlimen yang mengisytiharkan pendapatan mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuan Malaysia (SPRM) :
– Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad dan isteri sebanyak RM40,040.89.
– Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching dan suami sebanyak RM39,662.88
– Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Eddin Syazlee Shith dan isteri RM36,262.89
– Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Muhammad Bakhtiar Wan Chik RM35,662
– Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew dan suami RM34,772.86
– Ahli Parlimen Tangga Batu, Rusnah Aluai RM30,500
– Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun dan isteri RM26,782
– Ahli Parlimen Batu Kawan, P. Kasthuriraani RM25,700
– Setiausaha politik Menteri (Agama) di Jabatan Perdana Menteri, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus RM14,650
– Setiausaha Politik Menteri Belia dan Sukan, Mohd. Aizad Roslan RM12,650
– Ahli Parlimen Batu Gajah, N. Sivakumar Varatharaju RM6,806.28.
UTUSAN ONLINE










