12 cedera bas langgar lori di LPT - Utusan Malaysia

12 cedera bas langgar lori di LPT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH – Seramai 12 orang termasuk sembilan penumpang cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dan lori di Kilometer 97 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) menghala ke Kuantan awal pagi tadi.

Kejadian pukul 1.10 pagi itu melibatkan sebuah bas Ekspres Transnasional dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) menghala ke Kuantan dengan sebuah lori membawa muatan minyak pelincir kenderaan.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Zundin Mahmood berkata, bas tersebut membawa 25 penumpang dan pemandunya dipercayai hilang kawalan lalu melanggar belakang lori berkenaan.

“Akibat pelanggaran itu, pemandu serta sembilan penumpang bas mengalami cedera ringan dan pemandu serta kelindan turut mengalami kecederaan.

“Semua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Bentong untuk mendapatkan rawatan,” katanya kepada Kosmo! di sini.

Menurutnya, kedua-dua kenderaan itu dihantar ke Puspakom Temerloh untuk pemeriksaan dan kedua-dua pemandu turut menjalani ujian air kencing.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” jelasnya. – K! ONLINE

Bas tersebut membawa 25 penumpang dan pemandunya dipercayai hilang kawalan lalu melanggar belakang lBas tersebut membawa 25 penumpang dan pemandunya dipercayai hilang kawalan lalu melanggar belakang lori berkenaan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN