10 rakyat Malaysia ahli sindiket Macau Scam ditahan di Danok - Utusan Malaysia

10 rakyat Malaysia ahli sindiket Macau Scam ditahan di Danok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SONGKLA – Polis Thailand menahan 15 anggota sindiket penipuan ‘Macau Scam’ termasuk 10 lelaki warga Malaysia dalam operasi bersepadu di pekan Danok, yang terletak berhampiran sempadan Malaysia -Thailand.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sepuluh warga Malaysia dan lima tempatan itu ditahan dalam serbuan pihak berkuasa terhadap lima lokasi di pekan Danok pada Rabu lepas.

“Kebanyakan mangsa sindiket itu adalah warga China, Taiwan dan Malaysia dengan jumlah penipuan dianggarkan mencecah 5 juta Baht (RM657,000) sebulan,” kata Pemangku Ketua Polis Imigresen Thailand, Mejer Jeneral Surachet Hakpal di sini hari ini.

Sindiket melakukan penipuan dengan mengiklankan usaha membina kuil dan rumah-rumah ibadat  dalam Facebook serta mempelawa mangsa ‘menderma’ sejumlah wang ke akaun tertentu yang diwujudkan bagi tujuan derma itu, katanya.

Surachet berkata, sindiket itu diketuai seorang lelaki warga Malaysia dikenali sebagai ‘Ah Khun’.

Dalam operasi itu, polis merampas 51 telefon bimbit, komputer, puluhan buku akaun bank dan kad ATM serta wang tunai 41,500 Baht (RM5,400) dan RM31,000. – Bernama

Sidang akhbar yang dibuat oleh polis Danok hari ini.
Sidang akhbar yang dibuat oleh polis Danok hari ini.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini