10 cedera pesawat Boeing terbabas - Utusan Malaysia

10 cedera pesawat Boeing terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN, GUYANA 10 Nov. – Sepuluh orang cedera selepas tercetus kekecohan ketika pesawat Boeing, syarikat penerbangan Fly Jamaica yang membawa seramai 82 penumpang Kanada terbabas semasa melakukan pendaratan cemas lapangan terbang antarabangsa Cheddi Jagan di sini.

Menteri Pengangkutan, David Petterson berkata, pesawat yang dalam penerbangan ke Toronto, Kanada itu mengalami masalah hidraulik sebaik sahaja berlepas dan terpaksa berpatah balik ke lapangan terbang namun terbabas selepas mendarat.

“Penumpang menjadi kelam kabut, menjerit dan menangis kerana bimbang keselamatan masing-masing,’’ kata seorang penumpang, Invor Bedesse.

Katanya, terdapat penumpang yang cedera selepas ditendang oleh penumpang lain kerana lambat keluar dari pesawat atau semasa menuruni gelongsor.

Menurut Bedesse, penerbangan ditangguhkan selama 45 minit kerana salah satu pintu bahagian kiri `tidak ditutup dengan sempurna’ dan kru penyelenggaraan telah dipanggil untuk menangani masalah itu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN