KUALA LUMPUR 12 Okt. – Jaguh lontar peluru para negara, Ziyad Zolkefli mempertahankan pingat emas yang dimenangi di Incheon, empat tahun lalu apabila memenangi acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran) lelaki dalam Sukan Para Asia di Jakarta, hari ini. Lebih manis pemegang rekod dunia itu, turut memperbaharui rekod temasya selepas lontaran 16.94 meter yang dilakukan di Stadium Bung Karno memadam rekod lama miliknya sendiri, 15.31m yang dicipta di Korea Selatan…










