Zidane dikait bimbing Bayern - Utusan Malaysia

Zidane dikait bimbing Bayern

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN – Pemain tengah Bayern Munich, Thiago Al­cantara menegaskan kehadiran Zinedine Zidane untuk mengambil alih tugas sebagai ketua jurulatih juara Bundesliga itu ha­nyalah khabar angin semata-mata.

Tekanan kepada pengendali Niko Kovic kini kian memuncak selepas beliau gagal memimpin Bayern dengan baik apabila tidak mencatatkan sebarang kemenangan dalam empat perlawanan terakhir dalam semua pertandingan.

Bayern kini sekadar menduduki tangga keenam liga selepas mengharungi tujuh perlawanan dan ketinggalan empat mata di belakang pendahulu Bundesliga, Borussia Dortmund selepas tewas kepada Borrusia Monchengladbach 0-3 minggu lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Biarpun Zidane dikatakan akan menggantikan Kovac di Bayern, namun Alcantara tetap mene­gaskan ia hanya sekadar khabar angin dalam bola sepak.

“Kami lebih beruntung kerana mempunyai ramai pemain veteran dan pastinya tahu bagaimana untuk berdepan dengan situasi ini.

“Pemain-pemain akan mencuba sedaya upaya untuk mengubah keadaan semasa pasukan terutamanya untuk berdepan aksi seterusnya.

“Kami perlu berlatih dengan sebaik mungkin biarpun terpaksa berdepan situasi tidak menentu ketika ini.

“Bagi saya, spekulasi ini sedikit pun tidak akan menjejaskan matlamat untuk masa hadapan kelab ini,” kata Thiago. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini