KUALA LUMPUR 3 Okt. – Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz dikurniakan Anugerah Diraja Kewangan Islam 2018 dalam satu majlis makan malam di Hotel St. Regis di sini, malam ini. Anugerah itu diperkenankan untuk disampaikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang juga penaung diraja bagi kewangan Islam di negara ini. Penyampaian anugerah tersebut juga diadakan bersempena Forum Kewangan Islam Global 2018 (GIFF).…










