Zamani muktamad tarik diri dari Gegar Vaganza - Utusan Malaysia

Zamani muktamad tarik diri dari Gegar Vaganza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Okt. – Ekoran kesihatan yang tidak mengizinkan berada di atas pentas, penyanyi Zamani menarik diri daripada program Gegar Vaganza musim kelima (GV5).

Penyanyi tersebut dikatakan membuat keputusan muktamad tersebut sejak awal minggu lalu.

Perkara tersebut disahkan oleh oleh bekas pengurus Zamani, Johan Aziz kepada portal hiburan MHETV (www.mhetv.my

Jelas Johan, penyanyi yang popular dengan lagu Tak Mungkin Berpaling itu juga menangis kerana malu terhadap persembahannya dalam rancangan tersebut.

“Semalam dia menangis kerana malu, orang expect dia menyanyi dengan baik. Ini kejadian pertama dia kehilangan suara. Itu periuk nasi dia.

“Hari ini dia rehat, malam nanti saya akan berjumpa dengannya. Zamani ini orang yang sensitif,” kata Johan

Zamani yang menyanyikan lagu Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta gagal membuat persembahan dari awal lagi ekoran kehilangan suara malam tadi.

Situasi itu menyebabkan beliau tidak diberikan sebarangan markah oleh juri dan menyebabkan dia tersingkir dalam minggu kelima ini. – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN