Zahid beri keterangan berhubung dakwaan RM116.7j milik UMNO - Utusan Malaysia

Zahid beri keterangan berhubung dakwaan RM116.7j milik UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Okt. – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini disiasat berhubung dakwaannya bahawa RM116.7 juta yang dirampas dalam serbuan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di beberapa premis berkaitan Datuk Seri Najib Razak adalah milik parti itu.

Menurut sumber, Ahmad Zahid tiba di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman di Menara KPJ, Jalan Tun Razak di sini pada pukul 2.30 petang dan keterangan beliau diambil oleh pegawai dari Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA), Urusetia Pejabat Ketua Polis Negara Bukit Aman.

“Proses mengambil keterangan Ahmad Zahid berlangsung kira-kira satu jam 30 minit.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selepas ini, beberapa lagi pemimpin UMNO akan dipanggil bagi membantu siasatan kes sama,” katanya, di sini hari ini.

Pada 21 September lalu, UMNO memfailkan saman terhadap Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh serta empat yang lain bagi menuntut wang sebanyak RM116.7 juta yang di­sita oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam beberapa serbuan di ibu negara beberapa bulan lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini