Yayasan Eco World terima derma RM6.5 juta - Utusan Malaysia

Yayasan Eco World terima derma RM6.5 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Okt. – Yayasan Eco World menerima RM6.5 juta sumbangan pelbagai pihak bagi membolehkan yayasan itu melaksanakan tanggungjawab sosial membantu pelajar-pelajar kurang bernasib baik termasuk masyarakat Orang Asli.

Pengerusi Yayasan Eco World, Tan Sri lee Lam Thye berkata, sumbangan yang diperoleh itu adalah hasil derma daripada pelbagai pihak termasuk sektor korporat dan individu.

“Bantuan diterima ini akan digunakan untuk membantu pelajar-pelajar miskin tanpa mengira agama dan bangsa termasuk bantuan kepada masyarakat orang asli.

“Tumpuan utama kami adalah membantu pelajar miskin untuk mendapatkan akses kepada pendidikan dan menjadi rakyat yang dapat menyumbang kepada masyarakat pada masa akan datang,”katanya ketika berucap pada Majlis Penghargaan Kepada Penderma Tabung Yayasan berkenaan, baru-baru ini.

Majlis berkenaan turut dihadiri Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Pengerusi Eco World Malaysia, Tan Sri Liew Kee Sin serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Eco World Malaysia, Datuk Chang Khim Wah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN