Xavier optimis menang biarpun didakwa terima surat amaran - Utusan Malaysia

Xavier optimis menang biarpun didakwa terima surat amaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 24 Okt. – Calon Naib Presiden PKR, Dr. Xavier Jayakumar menafikan dakwaan beliau menerima surat amaran daripada Jawatankuasa Aduan, Rayuan dan Disiplin parti.

Xavier percaya, tuduhan jahat yang cuba dilakukan oleh sesetengah pihak dengan menggunakan taktik kotor bagi memburukkan nama serta imejnya itu bagaimanapun tidak akan memberikan impak kepadanya pada pemilihan parti kali ini.

Lebih-lebih lagi katanya, beliau kini berada pada tangga ketiga berdasarkan kedudukan terkini untuk pemilihan jawatan Naib Presiden parti.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya memang dukacita kerana saya tidak diberitahu terdapat bantahan dan sebagainya. Namun, saya fikir ia tidak memberikan kesan kerana semua ahli-ahli kita faham apa yang berlaku dalam pemilihan di Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka selama ini.

“Dalam mana-mana pemilihan pun, kita akui mesti ada orang yang lebih teruja  untuk bawa calon-calon dia ke depan dan mereka buat sesuatu dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas berucap pada pertemuan dengan ahli parti di sebuah hotel, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Xavier terus optimis untuk memenangi pemilihan PKR bersandarkan dirinya sebagai orang lama dan juga reformis sejak tahun 1998 dan kini diberi peluang menjadi Menteri Air, Tanah Dan Sumber Asli.

“Saya hendak bina parti Keadilan untuk masa depan kita dan saya tahu visi dan misi parti,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini