GOLONGAN muda hari ini perlu diperkasakan sama ada dari sudut jati diri terhadap agama, bangsa dan tanah air. Mereka perlu diberi kejutan bangun tidur (wake up call) bahawa zaman sijil dan ijazah membawa mereka ke puncak kejayaan telah lama berlalu. Di zaman bermulanya api dalam kaco (elektrik) air dalam bosi (air paip) bak kata orang Ulu Jelebu, Negeri Sembilan, fenomena orang Melayu tidak ramai berpendidikan tinggi hingga ke puncak menara…










