KUALA TERENGGANU 10 Okt. – Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu mencadangkan diwujudkan satu pusat khusus untuk menempatkan pesalah syariah perlu bagi membolehkan mereka menjalani hukuman secara berasingan daripada pesalah sivil dipenjara. Hakim Kamalruazmi Ismail berkata, langkah itu bertujuan memberi pemulihan akidah dan akhlak di samping kebaikan kepada pesalah syariah berbanding jika ditempatkan di penjara yang merangkumi pesalah jenayah berat seperti rogol atau samun. Hal itu kerana, katanya, keadaan kesalahan dan pemulihan bagi kes…










