LONDON 26 Okt. – Bekas pemain No.1 dunia, Caroline Wozniacki mendedahkan dia amat terkejut apabila didapati mempunyai penyakit artritis rheumatoid dan mahu menjadi contoh terbaik buat pesakit sepertinya.
Pemain berusia 28 tahun itu berkata, dia didapati mendapati penyakit tersebut pada Ogos dan mengakui pada kali pertama mengetahuinya seakan sukar untuk menerima keputusan berkenaan.
Penyakit artritis rheumatoid mengakibatkan rasa sakit di bahagian sendi-sendi tulang dalam tubuh badan.
“Anda rasakan bahawa anda adalah atlet paling cergas namun malangnya anda terpaksa bersama dengan penyakit ini,” kata Wozniacki. – AGENSI









