Wilshere akan kekal jika Wenger kekal di Arsenal - Utusan Malaysia

Wilshere akan kekal jika Wenger kekal di Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 22 Okt. – Jack Wilshere berkata, dia tidak akan menyertai West Ham jika Arsene Wenger terus kekal menerajui Arsenal dengan mendakwa bekas pengendali The Gunners itu akan memastikan dirinya berada dalam kesebelasan utama.

Pemain tengah berusia 26 tahun itu menyertai West Ham dengan kontrak selama tiga tahun sejurus selepas Wenger meninggalkan kelab itu.

Wilshere berkata, kehadiran Unai Emery membuatkan dia mengubah haluan kariernya dan percaya bahawa sudah tiba masa untuk dia melakukan perubahan.

“Jika Arsene kekal, saya akan kekal kerana dia memainkan peranan penting dalam karier saya dan percaya dengan kemampuan saya.

“Dia memberikan saya lilitan kapten dan percaya kepada saya, jadi saya yakin untuk kekal dan kemudian dia meninggalkan kelab.

“Arsene pernah memberitahu saya untuk kekal dan berjuang bagi mendapatkan tempat dalam pasukan. Saya tahu Arsene yakin dengan saya.

“Saya tahu jika saya kembali cergas semasa latihan, Arsene akan meletakkan saya dalam kesebelasan utama dan dia lakukannya.

“Tetapi semuanya sudah berubah, mereka sedang memasuki era baharu dan sudah sampai masanya untuk saya mengucapkan selamat tinggal,” kata Wilshere.

Kali terakhir Wilshere menyarung jersi England adalah pada Euro 2016 dan terpaksa memulakan kariernya bersama West Ham dengan kecederaan buku lali.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN